‘Dakwah Ikut Nabi Bukan Emosi’ – Isu PAS Vs Selena Gomez Diberi Kritikan Pedas

"Tak kiralah Kafir mana pon masuk rumah kita. Bila dia dijemput, dia tetamu kita" – Ijan Lana

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS
Logo

Sejak minggu lalu, kecoh sana-sini apabila konsert Selena Gomez #RevivalTour diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam

Isu itu mula timbul apabila Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah sekeras-kerasnya membantah konsert tersebut yang diangggap seperti mencemarkan kemuliaan bulan Syawal. Selepas isu itu timbul, bermacam-macam pendapat telah diutarakan ramai pihak di laman sosial. Ada yang bersetuju, ada yang tidak.

Image via TSMM/Twitter

Sama seperti pemuda bernama Ijan Lana, yang mana telah berkongsi pendapat beliau mengenai konsert tersebut di laman Facebook

Soalnya pula, apa perbezaan konsert Selena Gomez dengan konsert Jom Heboh dan konsert-konsert lain di Malaysia? Malah stesyen televisyen, Industri Perfileman tempatan lebih banyak maksiat ditontonkan secara terang-terangan.

Beliau mengingatkan bahawa kalau nak berdakwah itu bukan mengikut emosi tetapi mengikut nabi

Selepas post tersebut dimuatnaik, sehingga kini ia mendapat lebih daripada 2 ribu shares tetapi seperti biasa ramai yang bersetuju dan ramai juga yang membantah. Apa respon mereka?

1. Bising artis luar pakai dedah sana sini. Yang artis Malaysia pulak macam mana?

2. Serata KL bersepah dah budak Melayu dedah aurat sana-sini. Buatlah protes.

3. Sekurang-kurangnya Selena Gomez support Gaza dan respect Malaysia

4. Orang Islam kat Malaysia ni pakaian langsung tak nampak Islam

5. Kesian Selena Gomez

6. Tulis status ini bodoh sungguh!

7. Tiada manfaat pun Selena Gomez datang Malaysia

8. Datang buat persembahan, sesuatu yang melalaikan

9. Bukan musuh, tetapi sahabat

10. Konsert itu maksiat

Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing. Setelah membaca komen-komen netizen ini, apa kata anda?

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ini 8 panduan JAKIM mengenai konsert di Malaysia:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: