Tertinggal Flight: Afdlin Shauki Dakwa Firefly Sebuah ‘Airline’ Yang Tak Bagus. Setuju?
Ada yang simpati, tak kurang juga yang kata salahkan diri sendiri. Salah pesawat atau salah Afdlin Shauki?
Cover image via SAYSPelakon dan pelawak, Afdlin Shauki semalam memuat naik gambar dan status beliau selepas tertinggal flight Firefly yang dikatakan berlepas 10 minit lebih awal dari yang sepatutnya
Gambar Afdlin Shauki dan pelawak Johan yang 'tersadai' di Lapangan Terbang Senai, Johor Bahru selepas tertinggal pesawat Firefly semalam.
Image via Facebook Afdlin Shauki
Afdlin yang agaknya berang dengan syarikat penerbangan itu membuat pernyataan yang "Firefly airline yang tak bagus"
Menurut beliau, dia dan Johan, pelawak dan penyampai radio Era, sudah *check-in* lebih awal, dan tidak mengetahui bahawa pesawat akan berlepas 10 minit lebih awal dari masa yang ditetapkan. Akibat dari itu, beliau dan Johan tersadai di Lapangan Terbang Senai di Johor Bahru.
Image via SAYS
Dalam status yang sama, beberapa orang netizen turut berkongsi pengalaman dan meluahkan perasaan tidak puas hati setelah melalui insiden yang hampir serupa seperti Afdlin Shauki
Image via Facebook Afdin Shauki
Ada juga yang berpendapat insiden ini tidak lain tidak bukan salah Afdlin Shauki sendiri, kerana beliau tidak peka peraturan dan masa penerbangan yang telah ditetapkan
Image via Facebook Afdlin Shauki
Persoalannya sekarang, salah siapa sampai Afdlin Shauki tertinggal pesawat?
Jika kita buat kira-kira *simple*, Afdlin seharusnya berada sekurang-kurangnya 30 minit di dalam balai berlepas. Jika pesawat terbang 10 minit lebih awal, Afdlin mempunyai baki 20 minit. Dan baki ini tidak termasuk pemeriksaan dokumen perjalanan.
Dalam insiden ini, berkemungkinan besar Afdlin tidak berada dalam balai berlepas. Jadi, pukul berapakah agaknya Afdlin bercadang untuk masuk ke situ?
Kami bukan hendak menyebelahi Firefly, tapi memang sudah adat dan peraturan untuk mana-mana penumpang kapal terbang kena sentiasa peka kepada tarikh dan masa penerbangan.
Tambahan pula, ada netizen mendakwa mendengar nama Afdlin diumumkan:
Image via Facebook Afdlin Shauki
Walau bagaimanapun, ini tips ringkas untuk mengelakkan anda menerima nasib yang sama seperti Afdlin:
**1.** Pastikan anda berada di lapangan terbang seawal yang boleh untuk memudahkan anda membuat pemeriksaan dokumen dan bagasi dengan cepat dan sempat untuk masuk ke balai berlepas.
**2.** Ingat pepatah ini ketika menaiki pesawat, "Biar awal, asal tak tertinggal flight."
**3.** Sentiasa periksa tiket dan email anda untuk semua penerbangan yang telah anda tempah dan bakal anda naiki, mana tahu berlaku perubahan tarikh dan masa.
**4.** Sentiasa mengingati diri sendiri bahawa kapal terbang bukan macam bas yang boleh sesuka hati gerak dan berhenti.
Image via bedtimestorie.com

