11 Perkara Hebat Di Konsert World Tour Demi Lovato Yang Tak Mungkin Dapat Kami Lupakan
Bagi yang terlepas konsert 'DEMI World Tour' Demi Lovato, kami sediakan sedikit sebanyak perkara yang hebat berlaku semasa berlangsungnya konsert tersebut.
Cover image via Instagram.comPada malam Isnin lalu, penyanyi terkenal, Demi Lovato telah mengadakan sebuah konsert 'DEMI World Tour' yang berlangsung di KL Live, Kuala Lumpur
Selain daripada Malaysia, Demi Lovato turut mengadakan konsert di negara-negara Asia lain seperti Singapura, Filipina, China, Cambodia, dan Vietnam.
Image via ticketpro.com.my
Banyak perkara yang sangat hebat berlaku sepanjang konsert Demi Lovato dilansungkan. Antara yang kami tak dapat lupakan adalah:
1. Apabila artis tempatan, Zun Zen Wong membuat persembahan pembukaan dengan menyanyikan lagu 'See You Again' oleh Wiz Khalifa dan Charlie Puth
Lagu ini memang sering menyentuh perasaan pendengar. Lagi-lagi apabila dinyanyikan dengan suara yang merdu.
2. Apabila Demi Lovato mulakan persembahan 'DEMI World Tour' dengan lagu 'Really Don't Care'
3. Apabila Demi memberi inspirasi dengan memberitahu peminatnya bahawa setiap seorang daripada mereka amat penting dan bermakna
4. Apabila Demi berkongsi bahawa kekuatan untuknya menyanyikan lagu 'Warrior' datang dari peminatnya
Menurut Demi, lagu '*Warrior*' bersifat peribadi. Walau bagaimanapun, Demi tetap menyanyikan lagu tersebut untuk peminatnya kerana beliau tahu ramai di antara peminatnya yang menjadikan lagu tersebut sebagai kekuatan diri dan inspirasi.
5. Apabila Demi mengatakan "Walaupun saya tiada di sisi anda, saya sentiasa akan berada dekat dengan anda melalui muzik saya"
Image via Instagram
6. Apabila Demi cakap kepada kami "Anda duduk? Anda mahu saya duduk sekali? Jom! Bangun!" Ya, Demi bercakap dengan kami!
Jangan salah sangka. Demi bercakap begitu kerana kami berada di tempat media dan kami terpaksa duduk untuk memberi peluang kepada penulis lain untuk menyaksikan persembahan Demi.
Image via Instagram

