268 Imej CGI Dan 9 Lagi Perkara Tentang ‘Ola Bola’ Yang Masih Ramai Tak Tahu
Biar kami yang bongkarkan!
Cover image via Astro Shaw1. Rumah Hantu funfair pelbagai guna
Sebuah *funfair* tahun 80-an, lengkap dengan *Ferris wheel*, *carousel*, dan gerai-gerai permainan telah dibina khas dan dirobohkan selepas beberapa hari penggambaran, **kecuali Rumah Hantu**, bukan kerana apa-apa yang menyeramkan.
Rumah Hantu itu kemudian diubah menjadi **bahagian dalam helikopter** di mana skuad Harimau Malaya menyanyikan lagu **"Inilah Barisan Kita"**. Ya, mereka tidak menaiki helikopter sebenar untuk babak tersebut.
Selepas itu, ia bertukar pula menjadi **bilik persalinan stadium** untuk merakam salah satu adegan paling penting di mana Ali mengungkapkan *quote* popular, **"Kita menang sama-sama, kita kalah pun sama-sama".**
2. Stadium Merdeka jadi 4 tingkat dan misai Eric
Terdapat sebanyak **268 imej janaan komputer** atau **CGI** digunakan dalam filem Ola Bola. Selain membina semula stadium dari **2 tingkat kepada 4 tingkat**, kesan CGI juga digunakan untuk meramaikan bilangan penonton di dalam stadium semasa perlawanan, serta menjelmakan helikopter tentera menggunakan skrin hijau.
Malah kesan CGI turut digunakan dalam adegan lain, seperti babak Ah Cai menjaringkan gol di *funfair*, dan juga **misai Eric** dalam beberapa adegan tertentu!
3. Bukan orang Korea yang ambil sepakan penalti
Pemain pasukan Korea yang mengambil sepakan penalti pada perlawanan terakhir itu sebenarnya dimainkan oleh **anak kepada bekas penjaga gol kebangsaan Wong Kam Fook**.
Dan lagi satu, anda perasan tak **Pengarah Chiu juga ada membuat kemunculan** ***cameo*** **dalam filem ini?** Mesti ramai yang tak perasan.
4. Maksud disebalik nama 'Harry Mountain' yang sangat deep
Pernah tertanya-tanya kenapa watak jurulatih Inggeris itu diberi nama **Harry Mountain**?
**Harry Mountain … Harrymoun tain … Harimau Turns!**
Menurut Pengarah Chiu, kehadiran Harry adalah bertujuan untuk **"menghidupkan semula pasukan Harimau Malaya"** daripada pasukan belasahan kepada sebuah pasukan yang digeruni di Asia.
5. Potret keluarga Rahman kurang sesaat
Chiu bersama krew produksinya memang terkenal dalam aspek memberi perhatian secara terperinci atau ***attention to detail***. Sebagai contoh, terdapat satu potret keluarga Rahman tergantung di dinding rumahnya walaupun ternyata potret itu hanya muncul **kurang daripada satu saat** yang anda mungkin tidak perasan langsung!
6. Aksi gigit-menggigit
Ah Cai atau "skru kecil" dalam skuad merupakan watak yang **mempercayai perkara tahyul**. Sifat ini boleh dilihat sepanjang filem, dari jersi No. 14 yang dikatakan "suei" atau membawa malang, kepada kalung azimat yang dipakainya, jersi dengan cop tokong, sehinggalah perbuatan **menggigit kasut baru** agar kasut itu tidak akan menyakiti kakinya kemudian.
Dan adakah anda perasan, **Muthu** juga meniru perbuatan Ah Cai dengan **menggigit sarung tangan baru** yang telah diberikan kepadanya oleh Eric, sebelum bermulanya perlawanan?
Image via Astro Shaw
7. Beratus-ratus rambut palsu, beratus-ratus pelakon tambahan, dan beratus-ratus helaian jersi
Untuk mewujudkan suasana tahun 80-an, sebanyak **252 rambut palsu** digunakan untuk digayakan kepada pelakon, termasuk **beratus-ratus pelakon tambahan atau ekstra**. Dan beberapa rambut palsu juga diperbuat daripada rambut sebenar!
Selain itu, lebih daripada **180 helai jersi** negara-negara yang berbeza telah dihasilkan untuk filem ini.
Image via Astro Shaw
8. Jersi No. 9 Balak Eric
Adakah Eric dapat memakai jersi No. 10? Sebenarnya, Balak Eric pada pemulaan filem telah pun memberi jawapan untuk persoalan ini.
Kalau mata anda cukup tajam, anda akan dapat lihat **jersi yang dipegang oleh Balak Eric di tangannya ketika bertemu Marianne merupakan jersi No. 9**. Perasan tak?
Kenalah tonton lagi sekali kalau masih tak yakin!
Image via Astro Shaw
9. Bruce Lee 'ka-cha'!
**Bruce Lee** memang cukup terkenal dalam lingkungan tahun 80-an dan legasi lagenda itu masih tidak terpadam sehingga ke hari ini. Bukan sahaja Rahman yang meniru gaya 'ka-cha' semasa menjadi pengulas, poster Bruce Lee, dan superstar **Teresa Teng** dan **Brigitte Lin** turut muncul beberapa kali dalam adegan hostel.
Image via Astro Shaw
10. Kemunculan Dato Rahim Razali dan Datuk Soh Chin Aun
Watak *cameo* personaliti sukan **Dato Rahim Razali** dan **Datuk Soh Chin Aun** memberi penonton satu kejutan yang amat menyentuh hati.
Sebelum menjadi pelakon, Dato Rahim Razali merupakan **pengulas sukan paling berpengaruh di negara**. Manakala Datuk Soh Chin Aun pula merupakan salah seorang pemain utama yang terlibat dalam **menjulang pasukan Malaysia ke sukan Olimpik Moscow 1980**.
**Fakta menarik:** Datuk Soh Chin Aun juga diberi gelaran 'Tauke' oleh rakan sepasukan pada waktu itu.
Image via Pes Malaysia Stats/Colourless Opinions

