Sukakan Masakan Ala Arab? Lengkapkan Menu Anda Dengan Resipi Hummus Yang Mudah Ini
Hanya 5 bahan diperlukan! 😀
Cover image via SAYSDengan rasa dan teksturnya yang unik, Hummus merupakan antara hidangan popular apabila menjamu selera di restoran Arab. Ianya bertambah enak apabila dimakan dengan roti Arab yang lembut!
Image via SAYS
Nak cuba buat Hummus sendiri di rumah? Begini caranya:
**Bahan-bahan:**
– 1 tin kacang kuda
– 3 sudu besar minyak zaitun
– 1 sudu besar *tahini*
– 2 sudu besar jus lemon
– 1 sudu kecil garam
**Bahan-bahan (topping):**
– *Italian parsley*
– *Paprika*
**Cara-cara:**
1. Masukkan kacang kuda, minyak zaitun, *tahini*, jus lemon, dan garam ke dalam *food processor*.
2. Kisar hingga sebati.
3. Tabur dengan *paprika* dan *Italian parsley* jika mahu.
4. Hidangkan dengan roti Arab.
Tahini merupakan sejenis pes yang diperbuat daripada bijan, dan biasa digunakan dalam masakan Arab. Di Malaysia, ianya boleh didapati di pasaraya-pasaraya besar dan juga kedai runcit Arab.
Image via The After School Special
Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS
MOST READ

