makan

“Bila Nak Kahwin?” - 4 Individu Single Kongsi Perkara Paling Digeruni Tentang Perkahwinan

Tiada jawapan yang salah atau betul. Ini semua adalah dari sudut pendapat masing-masing. test 1212

Cover image via Instagram @nashanazari & Instagram @razaleighzain

Apa itu perkahwinan?

Gambar sekadar hiasan.

Image via Baituljannah.com

Erti sebenar perkahwinan adalah akad nikah yang menghalalkan di antara lelaki dan perempuan untuk hidup bersama-sama dan menetapkan hak dan tanggungjawab masing-masing. Benar, apabila bercakap sahaja tentang 'perkahwinan', kaum yang paling teruja adalah kaum wanita. Bukan?

Mana tidaknya, mereka selalunya sering mengimpikan perkahwinan yang indah dan jika mampu, akan lebih gah untuk majlis yang bakal dilakukan sekali seumur hidup ini. Sehingga ada juga yang inginkan majlis perkahwinan mereka untuk dinobatkan sebagai 'Wedding Of The Year!'

Gambar sekadar hiasan.

Image via brideandbreakfast.ph

Nak kahwin, semuanya tak sabar. Tapi sebenarnya, sudah bersediakah anda untuk berkahwin?

Image via says.com
Image via says.com

Kami telah menemu ramah empat individu ini yang masih single untuk mengetahui pendapat mereka mengenai perkahwinan dan apa yang paling ditakuti untuk berkahwin

1. Nasha Nazari, 27

Menurut gadis kecil molek yang bernama Nasha Nazari ini, dia mempunyai perancangan untuk berkahwin pada tahun hadapan jika tiada apa-apa halangan buat kedua-dua belah pihak. 

Apabila ditanyakan apakah perkara paling ditakuti untuk berkahwin, dia menjelaskan bahawa, “Keserasian selepas duduk sekali bersama, walau dah kenal lama, macam-macam boleh jadi bila dah tahu luar dalam nanti selepas berkahwin. Sebelum kahwin, kalau apa-apa terjadi masih boleh undo the relationship, tapi selepas berkahwin, mana boleh simply nak berpisah atau dalam erti kata lain, bercerai. Banyak hati nak kena jaga termasuk ibu bapa, ahli keluarga, anak-anak, dan lain-lain.” jelas Nasha.

Dia juga turut menasihati orang ramai di luar sana yang masih belum berkahwin atau bakal berkahwin tidak lama lagi untuk tidak mengharapkan bintang dan bulan selepas berkahwin. Apa jua yang dilakukan, haruslah sentiasa ada sabar, tolak ansur dan berkomunikasi untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi bersama.

Marriage is like a puzzle, its hard to put everything in pieces but nice to see when its done. Same goes to marriage, there surely be bumpy roads in between, but when it’s settled*, you’ll feel all the greatest feelings in the world!”
Nasha Nazari, 27

2. Razaleigh Zain, 29

Jejaka tampan yang dikenali sebagai Razaleigh Zain menjelaskan bahawa dia masih belum mempunyai perancangan untuk berkahwin. Malah, dia sendiri masih sibuk bekerja dan mengisi masa lapangnya dengan perkara yang disukainya. Menurutnya, dia akan mendirikan rumahtangga jika dirinya sudah cukup stabil dari segi kewangan, mental dan fizikal. Tambahan pula, dia turut merasakan tekanan apabila soalan "Bila nak kahwin?" sering dilontarkan oleh ibunya.

Ditanyakan pula mengenai perkara paling ditakuti untuk berkahwin, Raz menjawab, "Ianya bukan sahaja mengenai masalah kewangan, fizikal dan mental kerana semua itu akan terjawab jika dia mengetahui bahawa 'seseorang' di luar sana akan sentiasa berada bersamanya ketika susah dan senang," jelasnya. Dia turut menasihati orang ramai untuk sentiasa mengutamakan keluarga kedua-dua belah pihak dan pandai jaga diri.

Perkahwinan adalah satu anugerah yang diberikan daripada Allah untuk kita bagi menjaga pasangan kita."
Razaleigh Zain, 29

3. Syaziyah Sharif, 26

Gadis ini yang sudah mempunyai perancangan untuk mendirikan rumahtangga pada 20/04/2020 nanti berpendapat bahawa setiap individu akan lebih mengenali pasangan selepas tidur sebilik dan sebantal. Menurutnya, itu merupakan salah satu perkara paling menakutkan kerana sepanjang perkenalan, mungkin ada sisi lain pasangan yang tidak diketahui.

Dia turut menyuarakan bahawa dia mengharapkan agar pasangannya akan memahami kerjaya dan minatnya. Ini kerana bidang filem yang diceburi adalah sangat mencabar dan 'time consuming.' Ditanyakan pula pendapat tentang masalah perkahwinan yang sering berlaku zaman sekarang, dia menjelaskan, "Kesemua kes yang berlaku dalam perkahwinan mempunyai pucuk pangkal yang sama iaitu kurangnya komunikasi yang mendalam. Dan juga status kewangan, maka kesemua pasangan seharusnya lebih bersedia dengan ilmu dan pengetahuan dalam bidang ini," katanya.

4. Ashiqin Rosselly, 27

Gadis berumur 27 tahun ini masih belum mempunyai perancangan untuk berkahwin buat masa terdekat. Menurutnya, dia masih ragu-ragu jika dia gagal untuk menjadi seorang isteri yang sempurna untuk suami. "Sudah menjadi satu normal bagi setiap wanita untuk inginkan lelaki sempurna buat mereka namun most of the time, kita sendiri tidak cukup bagus untuknya. Boleh jadi this is the reason God lambatkan I kahwin (if I ever kahwin) sebab I need to perbaiki diri I dulu. At least that's what I believe in lah," jelas Ashiqin.

Dia turut menyuarakan pendapat tentang isu perkahwinan zaman sekarang iaitu, "In my own personal opinion, I rasa banyak pasangan sekarang kahwin for the sake of getting married tapi ilmu kurang, baik pada suami mahupun isteri. Peroleh ilmu dulu. Ilmu agama, ilmu kewangan, ilmu rumahtangga, ilmu parenting etc.

"Apa yang masyarakat boleh buat ialah ubah format kursus kahwin sekarang. Perbanyakkan berbicara tentang perkara-perkara yang disebutkan di atas untuk lelaki dan wanita sama-sama peroleh ilmu itu," katanya.

Kebahagiaan, ketenangan bersama pasangan kita. Susah senang sama-sama. Obviously kesempurnaan takkan ada so never expect that. Tapi yang penting sekufu dari segi pemikiran."
Ashiqin Rosselly, 27

Kesimpulannya...

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Janganlah terlalu terburu-buru membuat keputusan untuk berkahwin. Pastikan anda pilih individu yang betul kerana perkahwinan ini bukanlah sesuatu perkara yang suka-suka. Kita berkahwin untuk menghalalkan hubungan sah sebagai suami isteri dan meneruskan legasi keluarga di samping memenuhi tuntuan agama.

Jadi, perlu lebih realistik dan bersedia sebelum membuat apa-apa keputusan. Ok?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Belum berkahwin, belum tahu. :)

Bagaimana nak tahu bahagianya berkahwin itu jikalau tidak pernah merasainya, bukan?

says.com